banjir


banjir

seperti mengembali ingatan lama
banjir membawa seribu satu cerita
membawa cerita duka
menghanyutkan denyut nadi yang tersimpan
di album peribadi yang disimpan rapi
sakitnya bermusim lalu
mencoret pengalaman baru

ibu yang sering keletihan menyimpan keringat
jerit payah memunggah barang disetiap sudut penjuru rumah
dalam hujan yng berderai lebat penat
bergumal bersama nafas lelah
merenung masa depan yang tak pasti
dan banjir adalah trauma yng abadi
terlukis dalam lembaran-lembaran kenangn
yang tidak mungkin kan hilang

kini hadirnya kembali
bersama-sama keruhnya air
menghampar lukisan silam suatu masa dahulu sejuk nafas ibu kembali beralun menyingkap kenangan lalu

akan tiba masa surutnya air membasuh muka bumi dari kotoran
bersamanya ia membawa 1001 kenangan







jiwa yang mati





JIWA YANG MATI

terasa jiwa ingin terbang bersama-sama awan putih dilangit biru
merasai segala kebebasan yang terimpi
tentang keindahan yang tercemar
dan tentang hati yang hilang
mengubah duniaku menjadi indah

aku ingin bersajak tentang jiwa yang telah mati
tentang hati yang disakiti
keangkuhan dunia membuatkulena
membara dalam dilema

dan lagi...

jiwa kini mati
aku ingin bersajak
menulis rasa kecintaan tentang keterbelengguan dan kekosongan

aku hidup dalam ruangku yang memendam diam
tiada lagi mencari makna hidup yang sesungguhnya
dan jiwa ini benar-benar mati
aku ingin bersajak
agar dpt diteliti dan difahami apa itu kekecewaan...


kenangan


PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

ehh msti mcm pelik jew ttba lak tulis sal permainan tradisionalkn??
wahahahahah.....
bkn pew mase teman ngh bosan2x dengn tak semena2x
teringt lak zaman mude2x dulu hak3x
mcm2x permainan teman main
bukan mcm budk skrang dngn ps1,2,3,4......
computer game.. main bola pown dlm bilik jew hahhaa

teman bukan nk cita sal permainan tradisional sangt pown
cuma permainan mase ak muda2x dulu ak main hahaha 
diantaranya la kalua nk cita sume 3 ary 3 mlm belom tentu abis hahaha

tuju kasut....  teman yg panggil orang lain idok la teman tau menauu..


terer tu x la sanggat tp boleh la hehehehe..

dash yonkuro kegilaan kanak2x dulu hahahha


guli nie teman main mase dkt sk agama rakyat macam-macam pesen guli ade
ade yg kecik ade yg besar
ade yng jernih ade yg sumeny putih ade yg metalic wahahah..


waktu sk rendah time rehat nie la salah satu permainan teman main
bnyk g permainan time rhat antarany
main aci ligan duduk
main bola kertas
main pemadam macam2x lagi la tiap bulan ade jew permainan br


nie antara permainan lain bnyk g klau nk dicitakn hak3x

1- lompat getah
2-galah panjang
3-konda - kondi
4- main ngn kusyen
5- layang-layang
6- tarik upih
7- dam ular
8- tuju tin

ikan haruan si ikan tengiri
sedap dimbuat masak cili
aku menulis sesuka hati
selamat membaca blogku ini





titian perjalanan


Titian perjalanan


Sayupnya perjalanan

Tanpa perlu ditanya kemana  arah tujunya
Kerna semuanya sama

Perjalanan kian usang
Namun tiada berjumpa kesimpulannya
Adakah bahgia noktahnya
Atau derita yang tersimpul
Hanya doa dipanjatkan
Agar perjalanan usang ini dirahmati
Agar kebahgiann akan menjelma di penghujungnya
Agar dapat tempuhi duri perit dunia
Menepis rintangn silih berganti
Persoalan adakah mampu dengn harapan
Mencari tulusnya keredhaan
Di perjalanan ini
Adakah titik keimanan diri



Akan tiba sebuah perhimpunan mega
Dimana mahkamah dibuka
Perbicaraan aksimu didunia
Dimulai dengn kelahiran
Dinoktahi dengn kematian
Penentuan di mizan
Disaksikan diatas
Neraca dosa atau pahala

Dietitian
Merentangi neraka
Pilihan Cuma dua
Tergelincir dimamah sengsara
Kesyurga menikmati bahagia

Perjalanan manusia
Menuju akhirat yang abadi
Hidup yang hakiki ….
















dugaan ini





Dugaan ini

aku dibelenggu kebuntuan
dalam dunia yang penuh cabaran
deras arus dunia mengajar aku erti ketabahan
gagah mengharungi ranjau kehidupan

beginilah kehidupan
adakalanya tenang yang datang
adakalanya resah yang hadir
menuntut kita berfikir

apakah ertinya kehidupan
andai hanya bertatahkan mutiara kegembiraan
tanpa dugaan dan cabaran
tiada bermakna suatu kehidupan

dugaan ilahi tiada batasan
sedangkan kekasihnya muhammad
terduga maha hebat
inikan aku insan kerdil tiada terlihat

aku pasrah padamu ilahi
setiap insan punyai rezeki
semua sudah tercatat di diari
hanya beza apa yang diberi




Untukmu teman




Untukmu teman

ingin ku dengar suaramu menyanyi untukku
aku ingin bercerita denganmu cerita,
semua cerita tentang hari tentang masa tentang jiwa tentang dunia
sampai bila kan ku dengar gelak tawa dalam hambatan waktu
berputar laju
agar tidak ketara
di kesamaran senja
menahan sebak didada

alangkah comelnya kamu
malam ini aku menatap sunyi yang bening
selepas hujan bernyanyi
bagai meninggalkan taburan manis
kata-kata dan janji semoga ketemu lagi

kaukan selalu dihatiku
sepanjang musim berganti
bersama kembangny bunga
seharum perkenalan kita
kaukan selalu di dalam memori kalbuku ini
meskipun pertemuan tidak kunjung tiba
barangkali sedetik untuk selamanya




SAJAK MAULIDUR RASUL





SAJAK MAULIDUR RASUL

Hadir mu bagai matahari
Cahyamu terang menerangi kami
Membawa panji obor keislaman sehingga
Dijulang serata pelusok alam

12 rabiul awal tahun gajah
Tatkala abrahah cuba menyanggah
Lahirmu tanpa ibumu siti aminah
Tiada bapamu Abdullah

Dalam dekad yang panjang
Suara langit berbicara
Memuji Muhammad yang mulia

Muhammad indah kalam bicara
Namamu terpahat dijiwa
Menceraikan dusta dunia
Menceraikan malang insan yang terleka
Terleka dengan buana cinta dunia jahil dan noda
Demi menyubur falsafah agung penuh makna
Yang terukir dalam ruhi seorang Muhammad

Ummati,
Ummati,
Ummati
Hingga akhir hayat mu
Masih ingt pada umatmu
Begitu cintany engkau kepada umatmu
Sedar dengan kalbu,lihat dengan mahu
Seorang insan mulia sehingga akhir jasadny
Sunnah mu al quran jadi pegangan sunnah mu jadi ikutan
Muhammad manusia agung tiada gantinya


SALAM MAULIDUR RASUL
 12 rabiul awal 1434H
24 januari 2013M




cinta platonik




Cinta platonik

Kadang-kadang
Jadilah seperti matahari
Ia cinta pada bumi
Tapi ia mengerti..
Jika dekatnya ia dengn bumi binasa segala isi
Hidup lah ia untuk menerangi sang bumi yang dicintai

Cinta platonik
Cinta yang datang dari hati nurani
Bukan cinta yang datang dari nafsu
Ia datang dari hati yang datangnya sendiri
Cinta yang bukan dilihat dari paras ayu
Atau janggut rapi tersisip kemas berseri

Cinta
ia harus ditunjukkan bukan sekadar manis dibibir bicara cinta
Kerna cinta adalah kata kerja
Lakukan ia kerjakan ia jiwa dan raga
Cinta- mata airnya adalah niat baik dari hati yang tulus
Alirannya adalah kerja yang terus menerus,,

Cinta platonik
Cinta yang ikhlas tiada minta di balas
Cinta yang suci tidak minta dipuji
Cinta kerna ia adalah ia





Apa itu Cinta Platonik ?
Cinta Platonik ialah satu istilah yang diguna pakai bagi menjelaskan satu perhubungan intim (lebih dari sekadar kawan) antara sepasang lelaki dan wanita tanpa berlandaskan sebarang tarikan seksual mahupun fizikal semata mata .

Pernah tak korang berada dalam situasi menyukai dan memuja seorang kenalan rapat (berlawanan jantina) . too obses dengan semua benda yang dia suka or semua benda yang dia buat ? maybe for u , ianya biasa saje seolah olah relationship tu tak lebih daripada kawan . tapi , in fact , keakraban korang tu , kdg kdg menimbulkan salah sangka pada orang sekeliling . too close each other , walaupun sering menafikan korang berdua sedang bercinta ?

Wujud ke tarikan seksual for those yang mengalami cinta platonik ni ?

Of course NO ! sebab mereka yang mengalami cinta platonik ni kebiasaannya tak hiraukan aspek luaran dan fizikal semata . Mereka lebih menghormati "closeness" yang dibina atas alasan "sahabat semata-mata" .

Kebiasaannya , mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik "persahabatan" yang terjalin . Tapi , if ade something yang tak dijangka berlaku , for example , if salah seorang daripada mereka ada affair dengan orang lain , for sure la , akan ade yang tak puas hati , kan ? but , takde ape yang bole dibuat memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat . rite ? :)


MANA MUNGKIN AKAN KU MAMPU


mana mungkin akan ku mampu

Dibahu seorang lelaki ada seorang perempuan

Yang dipikulnya kemana sahaja dia berpijak

Didalam hati tak pernah rasa perit lelah
Walau pijar seluruh tubuh
Dibahunya tetap memikul perempuan itu
Acapkali dibisik dicuping telingany
“turunkan lah aku jika susah dan lelah”
Hanya senyuma terukir di wajah..
“tunggulah hingga izrail datmg mengcangkuk rohku”
Sebelum saat itu kamu adalah sesuatu yang aku mahu bebankan
Pada setiap deru nafasku”
Perempuan itu lalu tersenyum
Wajahny yang cemong tiba-tiba bersinar bercahaya
Membuatkan sang mentari tunduk lalu membenam..

Malam ini hanya kita sunyi
Dibawah pohon tua beribu usianya
Ditemani bintang-bintang malap tiada sinarnya
Sedang kita menjamah sisa-sisa roti yang masih ada 
Sedang kau suapkan ku agar terus segar untuk 
Menempuh perjalanan

Ya kamu masih dibahuku..
Dengarlah..
Jika kamu masih terjaga belom diulit mimpi lena
Mana mungkin akan ku mampu
Menjauhi dari mu
Susah senang akan ku tempuh 
Ranjau duri akan ku rempuh
Biar jasadku lumpuh
Biar hatiku luluh




Manusia dan kemanusiaan







Manusia dan kemanusiaan


entah mengapa manusia galak mengulang sejarah
lembar demi lembar peradaban dilenjan darah merah
bermula sejarah habil dan qabil
mencipta titik perseteruan durjana
syitan bertepuk tanda gembira



tiap peristiwa adalah rentetan sejarah lampau
yang dahulunya menjadi igauan
dari kejatuhan prinsip dan peganagan
satu demi satu kerikil tajam menusuk kaki 
akhirnya kembali meluka diri
manusia alpha bermain dengn percikkan-percikkan api
yang akhirnya membakar kemanusiaan diri



keegoaan akhirnya menyesat jiwa
akal waras hilang tidak diduga
terperosok di perdu kesumat jiwa
gah mengatur rentak menghunur tajam ideologi diri
bagai sang pewira yang hilang upaya



payah benarkah kiranya
kata sepakat diikat
setiakawan dirawan bukan berlawan 
menghirup madu harmoni sejagat
dan berkongsi dunia sekecil ini..?



sejarah biarkan ia berlalu pergi jailah manusia yang punyai sifat kemanusiaan







وَاتْلُ عَلَیۡہِمْ نَبَاَ ابْنَیۡ اٰدَمَ بِالْحَقِّ ۘ اِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنۡ اَحَدِہِمَا وَلَمْ یُتَقَبَّلْ مِنَ الۡاٰخَرِ ؕ قَالَ لَاَقْتُلَنَّکَ ؕ قَالَ اِنَّمَا یَتَقَبَّلُ اللہُ مِنَ الْمُتَّقِیۡنَ (۲۷﴾

27. Ceritakanlah kepada mereka kisah dua orang putera Adam(Habil dan Qabil) yang telah berlaku dengan sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua(Habil) dan tidak diterima daripada yang lain(Qabil). Dia(Qabil) berkata : “Aku pasti membunuhmu!” Habil berkata : “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa”


 لَئِنۡۢ بَسَطۡتَّ اِلَیَّ یَدَکَ لِتَقْتُلَنِیۡ مَاۤ اَنَا بِبَاسِطٍ یَّدِیَ اِلَیۡکَ لِاَقْتُلَکَ ۚ اِنِّیۡۤ اَخَافُ اللہَ رَبَّ الْعٰلَمِیۡنَ ﴿۲۸﴾

28. “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam.”


 اِنِّیۡۤ اُرِیۡدُ اَنۡ تَبُوۡٓاَ بِاِثْمِیۡ وَ اِثْمِکَ فَتَکُوۡنَ مِنْ اَصْحٰبِ النَّارِ ۚ وَذٰلِکَ جَزٰٓؤُا الظّٰلِمِیۡنَ ﴿ۚ۲۹﴾

29. “Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan(membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan jadi penghuni neraka; dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang yang zalim.”


فَطَوَّعَتْ لَہٗ نَفْسُہٗ قَتْلَ اَخِیۡہِ فَقَتَلَہٗ فَاَصْبَحَ مِنَ الْخٰسِرِیۡنَ ﴿۳۰﴾
30. Maka hawa nafsu Qabil telah menjadikannya tergamak untuk membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah dia termasuk orang yang rugi.

A fairy song


tadi masa tengah bosan  x derkk koje

tiba-tiba dengan tak semena-mena teringin lak bace poem
bila ckp sal poem omputih apa g misti la william Shakespeare...
pastu ade terbace satu sajk nie mcm pendek dan mudah difahami
teman nie bkn pandai sangt omputih nie hahahaha...

dkat bawah nie ha sajak dier ...

A Fairy Song
Over hill, over dale,
Thorough bush, thorough brier,
Over park, over pale,
Thorough flood, thorough fire!
I do wander everywhere,
Swifter than the moon's sphere;
And I serve the Fairy Queen,
To dew her orbs upon the green;
The cowslips tall her pensioners be;
In their gold coats spots you see;
Those be rubies, fairy favours;
In those freckles live their savours;
I must go seek some dewdrops here,
And hang a pearl in every cowslip's ear.

William Shakespeare

lepas bla-bla-bla bace ttba teman nengok ade bnde teman x pham
biase la owang pandai bhse omputih la ktekn hahaha 2 bnda teman x tau
1- cowslip (sejenis bunga )
2-freckles ( bintik-bintik dimuka )
dengn bantuan kamus, baru la teman tau ape bnda
adehhh hahahaha

 cowslip

CeRMiN DirI





cermin diri

tatkala kudidatangi sebuah cermin
terlihat susuk wajah
yang amat ku kenali seringkali kulihat
namun sungguh aneh tiada kukenal siapakah ia walau selalu bersua muka





terdetik dihati kecil seraya berkata adakah wajah ini kelak kan bercahaya
bersinar di syurga sana
atau wajah ini akan hangus legam tenggelam di neraka jahanam

tatkala mulut ku tatap
terfikir dek ruang fikiran adakah mulut ini yang akan mendesah penuh kerinduan
fasih tanpa mengucap kalimahnya
laa ilaaha illalah
saat izrail datng mencabut nyawa
saat sakaratul maut datang menjemput
atau adakah mulut ini akan ternganga sambil lidah terjelir keluar apabila saat itu tiba
dengan lengking jeritan pilu

adakah mulut ini yang akan memakan buah zaqum jahannam
yang menghangus segala isi sendi setiap usus diri

apakah gerangn yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang
berapa banyak dusta yang engkau ucapkan 
berapa banyak hati yang engkau hancurkan dengan pisau-pisau tajam bicaramu menghiris hati sehingga meninggalkan luka
berapa banyk kata manis yang engkau lontarkn semanis madu 
namun sebenarny racun yang membunuh 



tatkala aku tatap sebujur tubuh di cermin pusaka usang
apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya
bersinar bersuka bercanda di syurga
atau tubuh ini yang akan dicabik-cabik menanggung derita
hancur luluh dimamah lahar berbisa membara
terpasung jiwa nan derita tiada akhirnya



kucuba selami isi hati mu
adakah hatimu secantik tuturkata mu
atau sekotor daki ditubuhmu
adakah hati mu seutuh tiang yng menongkat bagunan atau selemah dedaun keguguran ditiup angin
betapa bezany apa yang tampak dicermin
dengan apa yang tersembunyi



aku
aku telah tertipu oleh topeng dunia
apa yang kulihat selama ini adalah topeng
tersembunyi wajah sebenar disebalikny
aku masih cuba mengenali diri mu wahai cermin...